Sembilan PATI dicekup, tidak sempat kerja di Malaysia

Sembilan PATI dicekup, tidak sempat kerja di Malaysia

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan PGA dalam operasi berasingan di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasrat sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini untuk bekerja tidak kesampaian selepas mereka dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi berasingan di sekitar Rantau Panjang dan Tumpat kelmarin.

Kesemua PATI Vietnam dan Thailand itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan antara pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussian berkata, tangkapan pertama melibat empat PATI lelaki warganegara Vietnam dilakukan selepas anggota bertugas menahan kesemua mereka di sekatan jalan raya Neting di Pengkalan Kubor.

“Tangkapan seterusnya melibat seorang lelaki dan wanita warganegara Thailand dilakukan di kawasan pangkalan haram Tok Awang Tinggi, Rantau Panjang.

“Selepas itu, kita telah tahan seorang lelaki dan dua perempuan warganegara Thailand di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, semasa ditahan kesemua PATI itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan rasmi dan perjalanan sah masuk ke negara ini.

Katanya, kesemua PATI yang ditahan itu berusia antara tiga hingga 46 tahun.

“Kesemua PATI dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

“Kese disiasat mengikut Seksyen 5 (2) dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN