PUTRAJAYA: Kes penyelewengan geran kajian institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini menunjukkan trend membimbangkan apabila melibatkan integriti dalam sektor akademik yang sepatutnya menjadi tunjang pembangunan ilmu negara. Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, hampir RM1 juta nilai kes penyelewengan melibatkan geran kajian IPT awam dan swasta di negara ini dikesan bagi tempoh 2021 hingga 2025. Katanya, berdasarkan rekod…










