PUCHONG: Derita bertarung kesakitan akibat kecederaan saraf tunjang tidak mematahkan semangat pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhamad Faiq Sufyan Mohammed Yusof, 19, mencapai kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2025. Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra Perdana itu berkata, dia menjawab kesemua kertas peperiksaan di atas katil Hospital Cyberjaya. “Saya berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan iaitu satu Kepujian Tinggi, empat Kepujian Atas, dan satu Lulus,” katanya…










