Penjawat awam di Perlis direman bantu siasatan kes anugerah pingat - Utusan Malaysia

Penjawat awam di Perlis direman bantu siasatan kes anugerah pingat

SUSPEK (dua dari kiri) dibawa masuk ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes menerima rasuah di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis, hari ini -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penjawat awam direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah RM200,000 bagi urusan mendapatkan pelbagai Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang daripada sebuah pertubuhan.

Perintah reman itu dikeluarkan bermula hari ini sehingga 13 April depan oleh Majistret Nurul Natasha Rizal selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Difahamkan, suspek berusia 57 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Perlis, di sini, pada pukul 2.40 petang semalam selepas tampil memberi keterangan.

Sumber berkata, suspek ditahan kerana disyaki menerima wang sebagai habuan bagi pemberian pingat dan bintang sebuah pertubuhan pada tahun 2024 berjumlah kira-kira RM200,000.

Katanya, beberapa saksi juga dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut.

“Suspek dipercayai menerima wang untuk memberi pingat dan bintang pada tahun 2024 membabitkan bayaran dipercayai kira-kira RM200,000,” katanya.

Katanya, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN