GEORGE TOWN: Pengusaha bas persiaran merayu kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian subsidi diesel kepada sektor itu yang didakwa semakin terhimpit dengan kenaikan kos bahan api ketika ini. Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara, Ahmad Ruslan Abdul Latiff berkata, pada masa ini, pengusaha bas persiaran tidak pernah menerima sebarang subsidi walaupun berdepan kos operasi yang tinggi berbanding sektor pengangkutan yang lain. Menurutnya, cadangan pemberian subsidi diesel atau bantuan bersasar seperti program…










