GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) memperuntukkan sebanyak RM631 juta bagi melaksanakan pelbagai projek bekalan air di negeri ini sepanjang tahun 2026. Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Bhd. (PBAHB) dan PBAPP, Datuk K.Pathmanathan berkata, jumlah tersebut merupakan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) tertinggi dalam sejarah bekalan air Pulau Pinang berbanding RM363 juta peruntukan yang diterima pada tahun sebelumnya. Menurutnya, pelaburan besar itu penting bagi memastikan kesinambungan bekalan…










