KOTA BHARU: Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin memasuki negara ini untuk mencari kerja perlu membayar sehingga RM11,000 kepada sindiket penyeludupan. Jumlah tersebut merangkumi kos membawa masuk secara haram dan latihan asas bahasa Melayu bagi membolehkan mereka melepasi pemeriksaan tanpa menimbulkan syak. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, bayaran pakej yang tinggi itu lazimnya diuruskan oleh saudara-mara atau rakan yang sudah bekerja di Malaysia.…










