JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan tiga ahli keluarga di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban di Segamat semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, susulan itu suspek berusia 20-an telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dalam kemalangan itu, tiga maut manakala dua lagi cedera selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori berasingan.
“Pemandu kedua-dua lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.










