PETALING JAYA: Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 ketika ini masih lagi melaksanakan misi pengaman di Lubnan ketika gesaan supaya pasukan itu yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) untuk segera keluar dari negara berkenaan. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, ketika ini misi pengaman itu masih dilaksanakan seperti biasa dengan tahap kawalan keselamatan yang dipertingkatkan. Namun beliau tetap berharap…










