ALOR SETAR: Proses penanaman padi bagi Musim 1/ 2026 di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan dilaksanakan secara tabur terus kering (TTK) berikutan cuaca panas dan musim kemarau yang masih melanda Kedah. Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, kaedah tersebut merupakan alternatif terbaik buat masa ini bagi memastikan kesemua 100,641 hektar sawah terus diusahakan sekali gus menjamin bekalan beras negara. Bagaimanapun, kaedah itu mempunyai risiko tertentu termasuk hasil…










