GEORGE TOWN: Kenaikan harga bahan api khususnya diesel ketika ini memberi kesan yang signifikan terhadap sektor pertanian di Pulau Pinang khususnya di kawasan Seberang Perai yang mengamalkan sistem pertanian moden berasaskan mekanisasi. Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, menerusi sistem ini, sebahagian besar daripada operasi ladang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan jentera seperti traktor, mesin penanam dan jentera penuaian yang menggunakan diesel sebagai sumber tenaga utama. MOHD. MUHAIMIN IBRAHIM…










