Kemelut Negeri Sembilan: PN adakan sidang akhbar

Kemelut Negeri Sembilan: PN adakan sidang akhbar

KEADAAN semasa di sebuah hotel di Seremban lokasi PN dijangka mengadakan sidang akhbar-UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan termasuk lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu di negeri ini dijangka akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Sidang akhbar berkenaan dipercayai bagi menyatakan pendirian parti itu susulan sidang akhbar Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan menyatakan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pagi tadi.

Difahamkan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hasan dijangka turut hadir pada sidang akhbar PN tersebut.

Ketika ini, petugas media sudah berkumpul di hotel berkenaan sejak pukul 11.30 pagi tadi ekoran makluman awal sidang akhbar berkenaan akan diadakan pada pukul 12 tengah hari tadi namun, sehingga kini masih belum bermula.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN