Iran, AS terima kerangka kerja tamat perang

Iran, AS terima kerangka kerja tamat perang

KETIDAKTENTUAN yang berpunca daripada konflik geopolitik ketika ini menuntut negara melihat kesan krisis secara lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada isu bekalan tenaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iran dan Amerika Syarikat (AS) menerima ke­rangka kerja untuk menamatkan perang dan membuka Selat Hormuz yang merupakan laluan perkapalan penting untuk minyak mentah.

Perkara itu didedahkan menerusi satu sumber yang menge­tahui cadangan tersebut selepas Iran dan AS serta Israel saling berbalas serangan sehingga meng­akibatkan lebih 2,000 orang maut di rantau Asia Barat.

Kerangka kerja untuk menamatkan konflik itu telah di­sediakan oleh Pakistan dan di­serahkan kepada Iran dan AS, kata sumber berkenaan yang menggariskan pendekatan dua peringkat melibatkan gencatan senjata serta-merta diikuti perjanjian menyeluruh.

Kerangka kerja yang di­usaha­kan oleh Pakistan itu tercetus hasil rundingan intensif dan mencadangkan gencatan senjata serta-merta, diikuti rundingan bagi penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk dimukta­madkan dalam tempoh 15 hingga 20 hari, menurut sumber tersebut.

Ketua Tentera Pakistan, Fil Marsyal Asim Munir telah berhubung dengan Naib Presiden AS, J.D. Vance; Utusan Khas Presiden AS, Donald Trump, Steve Witkoff dan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, kata sumber itu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata semalam bahawa Iran telah merangka pendirian dan tuntutannya sebagai respons kepada pelan damai yang disampaikan melalui pihak perantara.

Beliau menambah bahawa rundingan adalah tidak selari dengan amaran Trump dan ancaman untuk melakukan jenayah perang.

Baghaei berkata, Teheran telahpun menyampaikan satu set syarat berdasarkan kepen­tingan nasional negara itu.

Sementara itu, serangan Israel telah mengorbankan ketua perisikan Pengawal Revolusi Iran, ketika republik Islam itu semalam terus mengingkari ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memusnahkan infrastruktur awam sekiranya negara itu tidak membuka semula Selat Hormuz.

Mejar Jeneral Majid Khademi terbunuh pada waktu subuh dalam serangan bersama AS-Israel semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, tentera negaranya berada di sebalik serangan itu, yang merupakan tindak balas terhadap serangan Iran ke atas kawasan awam di Israel.

Katz menggambarkan Khademi sebagai salah seorang pelaku langsung jenayah pe­rang itu dan mengenai pe­mimpin Iran, beliau menegaskan: “Kami akan terus memburu mereka seorang demi seorang.”

Dalam pada itu, bekalan gas telah dipulihkan semalam selepas sebelum ini terputus di beberapa kawasan di Teheran susulan serangan ke atas infrastruktur gas di sebuah universiti di bandar raya itu, lapor televisyen kerajaan Iran.

Serangan yang berlaku pada awal pagi semalam itu telah mengenai stesen pengura­ngan tekanan gas dan kemudahan pengukuran di Universiti Teknologi Sharif, menyebabkan kebocoran gas.

“Serangan itu tidak me­ngakibatkan kebakaran, dan dalam masa kurang daripada setengah jam, kebocoran gas telah diperbaiki sepenuhnya,” menurut penyiar negara, IRIB.

IRIB menambah bahawa masalah itu telah diselesaikan dan bekalan gas telah disambung semula untuk penduduk di kawasan terjejas di Teheran.

Serangan itu juga ­mengenai pusat data universiti, yang menempatkan kemudahan ke­cerdasan buatan, menurut agensi berita Fars.

Media Iran menyiarkan rakaman yang menunjukkan kerosakan teruk di lokasi tersebut, dengan logam yang bengkok, serpihan, dan struktur yang rosak merata di kawasan ber­kenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN