TUMPAT: Doa kedua ibu bapa serta guru-guru selain kerja keras menjadi kunci kejayaan buat Aina Sofiya Azmi, 18, apabila meraih keputusan 11A+ pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan semalam. Lebih manis, kejayaan Aina Sofiya Azmi, 18, bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menamatkan penantian 11 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Pasir Pekan untuk kembali melakar rekod cemerlang berkenaan. Aina Sofiya mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenai keputusan…










