VFive laksana strategi jangka panjang - Utusan Malaysia

VFive laksana strategi jangka panjang

Mohd Syafiq Abdullah bergambar bersama pada Majlis Apresiasi Gema Qalbi VFive Group 2025 di Putrajaya Marriott Hotel baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat VFive Group Sdn. Bhd. melancarkan pelaksanaan strategi jangka panjang bagi meletakkan organisasi itu pada landasan yang lebih kukuh untuk terus mencapai daya tahan dan kelangsungan mampan.

Strategi berkenaan digerakkan melalui lima pemacu utama yang menjadi kerangka baharu hala tuju syarikat milikan penuh Bumiputera itu merangkumi strategi arah tuju, kecemerlangan operasi, kemampanan kewangan, kepemimpinan dan bakat serta tadbir urus dan integriti.

Pelancaran strategi tersebut diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk
Mohd Syafiq Abdullah dalam Majlis Apresiasi Gema Qalbi VFive Group 2025 di Putrajaya Marriott Hotel baru-baru ini.

Mohd Syafiq berkata, VFive tidak lagi melihat kejayaan dalam kerangka jangka pendek, sebaliknya mahu memposisikan syarikat sebagai sebuah konglomerat yang kekal kompetitif untuk tempoh 50 hingga 100 tahun akan datang.

Katanya, fokus mereka adalah memastikan VFive berkembang secara konsisten dan berstruktur supaya organisasi berkenaan terus relevan dan memberi impak merentas generasi.

“Untuk mencapai matlamat ini, strategi perniagaan, tadbir urus yang baik, kestabilan kewangan dan pembangunan modal insan perlu bergerak secara seimbang dan berterusan,” katanya.

Katanya, di bawah strategi arah tuju, VFive memberi fokus kepada pengukuhan sektor teras seperti pengurusan fasiliti dan pembinaan ke arah skala jangka panjang.

Ujarnya, pendekatan pembangunan portfolio berasaskan aset serta model konsesi diperluaskan bagi mewujudkan aliran pendapatan yang lebih stabil dan berstruktur.

“Dalam aspek kecemerlangan operasi, syarikat komited memperkasakan penggunaan inovasi
dan teknologi pintar merentasi keseluruhan kitaran projek, di samping memperkukuh inisiatif
penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kecekapan serta kualiti pelaksanaan.

“Bagi kemampanan kewangan pula, tumpuan diberikan kepada pengukuhan aliran tunai positif
dan pengembangan sumber pendapatan berulang (recurring income), sekali gus membina daya tahan kewangan yang mampu menyerap ketidaktentuan ekonomi global.

“Komponen kepimpinan dan bakat menekankan pembangunan modal insan secara sistematik
serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang selari dengan nilai teras syarikat. Langkah ini dilihat penting dalam memastikan kesinambungan organisasi dipacu oleh generasi kepimpinan yang berprinsip dan berwibawa.

“Dalam aspek tadbir urus dan integriti iaitu komitmen untuk menjadikan integriti sebagai standard pengurusan, di samping memperkukuh kerangka pematuhan, ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap keputusan strategik,” katanya.

Katanya, keseluruhan kerangka jangka panjang itu diinspirasikan daripada lima Rukun Islam yang menjadi asas pembentukan nilai dalaman organisasi dengan nama VFive sendiri diilhamkan daripada lima prinsip tersebut yang diterjemahkan ke dalam budaya kerja dan pendekatan kepimpinan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN