KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri merampas dadah jenis kanabis seberat 136.504 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4.18 juta yang ditinggalkan di celah-celah batu pesisir pantai Jalan Pesisir Pantai Ruat, Yan, Kedah pada 22 Februari lalu. Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, dalam operasi sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, anggota cawangan Penguatkuasaan dan Marin Kuala Perlis menemukan enam plastik hitam ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di celah kawasan berbatu di…










