SHAH ALAM: Penjualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di negeri ini akan diperhalusi semula terutama melibatkan kawasan yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga peniaga-peniaga kedai serbaneka. “Dari segi undang-undang, minuman keras itu macam bir, itu kita perhalusi balik undang-undang kecil ataupun di bawah pihak berkuasa tempatan. Itu sudah lama…










