SPRM reman anggota penguatkuasa trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 - Utusan Malaysia

SPRM reman anggota penguatkuasa trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang anggota penguat kuasa trafik negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM30,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang anggota penguat kuasa trafik negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 daripada beberapa individu serta pemilik syarikat lori sebagai balasan melindungi mereka daripada tindakan undang-undang.

Perintah reman empat hari sehingga 6 Mac ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024 dan 2025 dengan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah tersebut daripada beberapa individu dan pemilik syarikat lori,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd. Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN