Selatan Thailand: Letupan bom pertama di bulan Ramadan cederakan seorang guru

Selatan Thailand: Letupan bom pertama di bulan Ramadan cederakan seorang guru

LOKASI letupan bom yang menyebabkan seorang guru cedera di Yala, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Seorang guru wanita cedera selepas terkena serpihan bom yang meletup di jalan Ban Pako dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.14 petang itu berlaku ketika wanita tersebut sedang menunggang motosikal semasa melalui jalan berkenaan.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pihak tidak dikenali telah menanam bom buatan sendiri (IOD) yang dipercayai disasarkan kepada anggota pasukan keselamatan.

Katanya, letupan itu menyebabkan wanita berkenaan cedera di bahagian kaki dan dikejarkan ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut.

“Ini merupakan insiden (letupan bom) pertama ketika umat Islam sedang menyambut puasa. Pihak berkuasa percaya ia dilakukan kumpulan pemisah untuk mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber ISOC 4 memberitahu, kejadian itu adalah secara kebetulan ketika pihak berkuasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh wilayah Yala.

Katanya, langkah tersebut susulan maklumat risikan mendedahkan kemungkinan ada serangan dari kumpulan pemisah dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN