JOHOR BAHRU: Majoriti rakyat Singapura yang memandu kenderaan berpendaftaran republik tersebut mengisi minyak petrol RON97 dan elektrik, bukan diesel apabila merentas Tambak Johor untuk berkunjung ke negara ini. Salah seorang rakyat Singapura yang ditemui, Sukarman Ismail, 73, berkata, tidak ramai rakyat negara itu yang membeli kenderaan menggunakan bahan api diesel. Katanya, hanya syarikat atau individu yang terlibat dalam perusahaan atau sektor berkaitan mempunyai kenderaan diesel, namun jumlah itu adalah kecil.…











