PETALING JAYA: Kerajaan digesa memperkenalkan dasar baharu bagi menangani tekanan kenaikan kos bahan mentah yang semakin membebankan pengusaha restoran. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan harga barangan mentah sehingga 30 peratus ketika ini memerlukan satu anjakan paradigma melibatkan peniaga dan pengguna secara menyeluruh. Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan makanan di samping mengawal pembaziran yang dilihat semakin berleluasa. “Pengusaha restoran dan…










