PETALING JAYA: Pembenihan awan tertumpu di kawasan empangan sebagai langkah memastikan sumber air negara kekal mencukupi susulan cuaca panas yang melanda hingga penghujung Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pelaksanaan operasi itu dibuat berdasarkan permintaan daripada negeri-negeri yang terlibat khususnya bagi kawasan tadahan air. Beliau berkata, setakat ini beberapa negeri telah memohon untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan empangan masing-masing.…










