KUBANG PASU: Musim perayaan tidak lengkap tanpa gemerlapan cahaya pelita, sama ada berbentuk tradisional mahupun moden. Mohamad Helmie Shafie, 32, seorang lelaki kampung, kini tidak menang tangan memenuhi tempahan pelita buluh kuning yang dikatakan lebih menarik berbanding buluh hijau. Katanya, buluh kuning untuk pelita sukar diperoleh kerana hanya tumbuh di kawasan kebun dan hutan tertentu, memaksanya mencari bekalan sehingga ke Perlis. “Pembuatan pelita daripada buluh kuning sama sahaja seperti buluh…










