TEMERLOH: Perlu memanjat setinggi 15 meter pokok kabung setiap hari bukan penghalang buat seorang anak muda dari Kampung Paya Sok, Kuala Krau di sini, untuk mendapatkan manisan nira kabung yang menerima permintaan tinggi sepanjang Ramadan. Muhamad Hafizzudin Norashikin, 30, berkata, dia tidak banyak memikirkan soal risiko ketika memanjat pokok kabung yang tinggi biarpun terpaksa berdepan ancaman tebuan, lebah, ular dan haiwan berbisa lain. “Kalau takut memang kerja ini tidak jadi.…










