KANGAR: Beah Awang, 70, bersama anak dan cucu kesayangan hanya mampu termenung melihat rumah yang didiami sejak lebih 50 tahun lalu musnah dalam kebakaran menjelang beberapa hari sebelum Aidilfitri di perkampungan nelayan, Pulau Ketam di sini semalam. Selain kediaman Beah, kebakaran kira-kira pukul 12.50 tengahari itu turut memusnahkan empat buah rumah lain yang kesemuanya berdekatan. Segala kelengkapan raya termasuk tiga pasang baju raya buat cucunya, Mohd. Zakuan Fitri Zubir,12, musnah…










