Lelaki OKU ditemukan rentung dalam kebakaran di Bachok

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam kebakaran di Bachok

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebarakan yang merangut nyawa seorang lelaki OKU di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung setelah rumah didiaminya hangus dalam kebakaran di Kampung Mujur, Jelawat di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 41 tahun itu yang dipercayai terperangkap itu ditemukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok pada pukul 9.43 pagi selepas melakukan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kejadian itu melibatkan mangsa seorang lelaki berusia 41 tahun.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi.

Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati rumah tersebut sudah musnah sebanyak 90 peratus dan dimaklumkan seorang mangsa telah terperangkap.

“Operasi terkawal pada jam 9.38 pagi dan lima minit kami telah menjumpai mayat OKU berkenaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN