PETALING JAYA: Pesawah berdepan kenaikan kos 40 peratus susulan kenaikan harga diesel semasa yang meningkatkan kos operasi serta keadaan cuaca panas yang berpotensi menjejaskan kelangsungan industri padi. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, peningkatan harga bahan api memberi kesan besar terutama kepada penggunaan pam air, jentera menuai dan kerja-kerja penyelenggaraan sawah yang bergantung sepenuhnya kepada diesel. Menurutnya, beliau menerima maklumat bahawa untuk musim penuaian akan datang…










