Ibu bersyukur pembedahan anak ikut jadual

Ibu bersyukur pembedahan anak ikut jadual

SITI Fatimah Sani bersama anaknya, Muhammad Mikail Rafanza Muhammad Rizal ketika ditemui di Bagan Serai, Perak. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang ibu lega apabila pembedahan kaki anaknya yang sebelum ini tertangguh akibat masalah kewangan akan diteruskan Selasa depan selepas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan.

Siti Fatimah Sani, 40, berkata, bantuan dan sumbangan orang ramai membolehkan pembedahan ke atas Muhammad Mikail Rafanza Muhammad Rizal, 3, dilakukan mengikut jadual.

“Sebelum ini, saya dan suami, Muhammad Rizal Azlan, terpaksa menangguhkan pembedahan anak kerana gagal mengumpul kos rawatan RM6,000 dalam tempoh ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Muhammad Mikail dijadualkan menjalani pembedahan mema­sukkan plate besi pada lutut untuk mengawal pertumbuhan tulang kerana keadaan sebelah kakinya lebih pendek selain masalah lutut yang tidak boleh diluruskan.

“Pembedahan diteruskan mengikut jadual di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Selasa ini,” katanya.

Muhammad Mikail dilahirkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kecacatan tulang belakang, tertutup lubang dubur, kecacatan jantung serta ketiadaan buah pinggang kiri.

Masalah kesihatan tersebut memberi dugaan kepada keluarga namun sokongan dan bantuan dapelbagai pihak memberi kekuatan untuk mereka terus berjuang.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN