Fatin pegang amanah bapa, berkorban jaga kakak, dua adik

Fatin pegang amanah bapa, berkorban jaga kakak, dua adik

FATIN Nabila Tain (dua dari kanan) tabah menjaga kakak dan dua adik nya ketika ditemui di Kampung Tok Ku, Kuala Terengganu, Terengganu. – MINGGUAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dari Kampung Tok Ku di sini, tabah memegang amanah arwah bapanya supaya menjaga tiga adik beradiknya termasuk kakak dan seorang adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Fatin Nabila Tain, 25, kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bekerja di sebuah gerai menjual pisang goreng dengan pendapatan hanya sekitar RM500 hingga RM600 sebulan.

Fatin berkata, kakaknya, Raziah, 26, merupakan OKU dengan pelbagai masalah kesihatan selain adiknya Mohamad Fairul Razi, 18, yang mengalami masalah fizikal sejak lahir dipercayai akibat lebihan cecair dalam kepala.

Seorang lagi adiknya yang tinggal bersama ialah Nur Ariana Alisa, 16.

Menurutnya, mereka kini menetap di sebuah rumah sewa di Kampung Tok Ku sejak dua tahun lalu dengan bayaran dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Katanya, kehidupan mereka berubah selepas ibu bapanya berpisah pada 2017 sebelum bapanya, Tain Abdul meninggal dunia dua tahun lalu akibat sakit tua.

“Arwah ayah pernah pesan supaya saya jaga kakak dan adik-adik. Jangan bagi orang lain ambil mereka,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di sini.

Fatin Nabila berkata, mereka turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan bagi kakak dan adiknya menerima RM450 sebulan.

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar perbelanjaan digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti susu dan lampin pakai buang untuk keperluan Mohamad Fairul Razi.

Tambahnya, ibu mereka yang kini menetap di Kuala Krai, Kelantan masih datang melawat mereka sebulan sekali bagi melihat keadaan anak-anaknya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam milik Fatin Nabila Tain di nombor 13062029147757.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN