KUALA LUMPUR: Polis berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelancong Sepanyol di Taman Midah, Cheras di sini, pada 17 Februari lalu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada hari sama kira-kira pukul 1.59 petang. Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras…










