BALIK PULAU: Kebiasaannya dodol sinonim dengan rasa gula Melaka, namun, inovasi menggunakan buah nanas sebagai bahan utama kini mencipta kelainan apabila seorang usahawan tempatan menghasilkan dodol nanas yang semakin mendapat perhatian pelanggan. Pengusaha dodol Tok Bri, Nur Aimi Razak, 34, berkata, idea menghasilkan dodol nanas itu tercetus selepas beliau mengikuti kursus pembuatan dodol nanas anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kira-kira setahun lalu. Menurutnya, pada peringkat awal, dodol nanas tersebut hanya…










