Penetapan waktu standard di Semenanjung, Sabah dan Sarawak - Utusan Malaysia

Penetapan waktu standard di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Januari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya menyambut tahun baharu secara serentak berikutan penetapan waktu standard bermula semalam.

Perbezaan masa setengah jam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah berakhir. Mulai hari ini mereka tidak perlu lagi memperbetulkan jam 30 minit lebih awal atau 30 minit lewat ketika tiba di Kota Kinabalu, Kuching ataupun Kuala Lumpur.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 Januari 1973Sekolah Rendah Kebangsaan Kelawai, di Pulau Pinang yang telah berusia lebih 70 tahun akan ditutup buat selama-lamanya bermula esok kerana kemerosotan bilangan murid-murid.
  • 2 Januari 1975 – Pelawak terkenal, Charlie Chaplin, 85 tahun, telah dianugerahkan gelaran “Sir” oleh Queen Elizabeth hari ini sempena sambutan tahun baru.
  • 2 Januari 1977 Projek memelihara lembu secara besar-besaran dalam kandang dengan menggunakan bahan makanan dari sisa buah nanas akan dilancarkan di negeri Johor hujung bulan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.