PADANG TERAP: Cuaca panas yang melanda sejak kebelakangan ini menyebabkan sebahagian penduduk di sekitar Kuala Nerang meraikan Aidilfitri dengan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan pada waktu malam. Tinjauan mendapati suasana kunjung-mengunjung selepas waktu Maghrib hingga lewat malam menjadi lebih meriah apabila ramai memilih keluar beraya ketika suhu sudah mulai reda berbanding waktu siang. Selain lebih selesa, keadaan itu juga memberi peluang kepada ahli keluarga yang bekerja pada siang hari…











