KOTA BHARU: Ketika umat Islam lain sibuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal, sekumpulan tukang emas dari Pertukangan Mz Gold Sdn. Bhd di sini, bersengkang mata demi menyiapkan tempahan barang kemas pelanggan mereka. Ketua pertukangannya, Mohammad Afif Azman berkata, ketika ini pihaknya berada pada fasa akhir menyiapkan kira-kira 500 unit tempahan barang kemas yang diterima sejak sebulan sebelum Ramadan. “Sebanyak 95 peratus tempahan tempatan telah siap dan kami hanya menunggu pelanggan…










