146,167 panggilan aduan 'scam' diterima, RM34 juta berjaya diselamat

146,167 panggilan aduan ‘scam’ diterima, RM34 juta berjaya diselamat

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) beroperasi 24 jam,.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebanyak 146,167 panggilan aduan ‘scam’ dalam talian dikendalikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) sepanjang tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang tempoh sama, pusat itu telah melaksanakan tindakan pembekuan terhadap 138,915 akaun yang terlibat.

Beliau berkata, ia satu pencapaian signifikan dalam usaha melindungi kepentingan mangsa penipuan kewangan dalam talian di negara ini

“Hasil tindakan pantas NSRC, sejumlah RM34,051,357.68 berjaya diselamatkan daripada jatuh ke tangan sindiket.

“Selain itu, NSRC turut mencatat lonjakan ketara dalam aspek pemulangan dana kepada mangsa melalui proses earmarking, iaitu daripada RM508,479.39 pada tahun 2024 kepada RM6,649,171.03 pada tahun 2025.

“Sehingga Januari 2026 pula, momentum prestasi ini terus dikekalkan apabila sebanyak RM1,443,533.40 lagi berjaya disita melalui tindakan pembekuan awal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian NSRC di sini hari ini.

Katanya, bagi Januari lalu, pusat itu menerima 35,322 aduan dan jika ia berterusan sepanjang tahun, maka ia akan menyaksikan peningkatan berganda berbanding tahun lalu.

Saifuddin berkata, jumlah panggilan ini menjadi satu kayu ukur tentang keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan menyekat sindiket berkenaan.

NSRC di Cyberjaya ini telah memulakan operasinya pada 7 Oktober 2022 dan diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota kerja operasi yang merangkumi Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN