Tiga maut dalam tembakan ketika perlawanan hoki sekolah

Tiga maut dalam tembakan ketika perlawanan hoki sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RHODE ISLAND: Sekurang-kurangnya tiga maut termasuk penyerang dalam kejadian tembakan di sebuah gelanggang luncur ais di Pawtucket, Rhode Island, semasa perlawanan hoki sekolah menengah semalam.

Insiden berlaku sekitar pukul 2.30 petang waktu tempatan di Arena Dennis M. Lynch, menyebabkan tiga yang lain cedera parah.

Ketua Jabatan Polis Pawtucket, Tina Goncalves pada sidang media berkata, motif di sebalik insiden itu masih belum diketahui, walaupun ia kelihatan berpunca daripada pertelingkahan keluarga.

Menurut Goncalves, dua daripada mangsa yang maut dilaporkan individu dewasa.

“Ia adalah malam graduan, masa untuk mereka meraikan dan mengumpul kenangan. Malangnya ia insiden itu berlaku,” katanya.

Datuk Bandar Pawtucket, Donald R. Grebien berkata, suasana huru-hara di dalam gelanggang itu merupakan pengalaman yang menakutkan.

“Sudah tentu, apabila menerima panggilan itu, kita fikir ia perkara paling buruk. Ini kanak-kanak sekolah menengah. Mereka bermain sambil keluarga menonton, waktu yang menyeronokkan, tetapi bertukar menjadi kejadian ini. Jadi ia pasti trauma,” kata Grebien semasa sidang media.

Pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, mereka akan bekerjasama dengan sekolah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang terselamat daripada insiden tembakan itu.

“Sudah tentu, ini mungkin baru akan dirasai sepenuhnya oleh mereka malam ini atau esok,” kata Goncalves.

Semasa satu pasukan cuba melepasi zon pertahanan dengan puck, beberapa tembakan dilepaskan di dalam arena, menurut rakaman video perlawanan itu.

Pemain di bangku simpanan mula menunduk mencari perlindungan di sebalik papan. Di atas ais, pengadil membunyikan wisel untuk menghentikan perlawanan dan meluncur keluar dari gelanggang.

Dalam beberapa saat, bangku pemain kosong, dengan pasukan melompat ke atas papan dan meluncur menuju pintu keluar di sisi lain gelanggang.-NYTimes

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN