KANGAR: Pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu terus menemui jalan buntu dengan impian Pas untuk mengetuai gabungan itu dilihat sukar. Menurut sumber dalaman kepada Utusan Malaysia, Pas sedar mereka sukar mengetuai PN selepas parti-parti komponen lebih mahu pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengepalai gabungan tersebut, selain Tan Sri Muhyidddin Yassin juga dikatakan masih mahu mengekalkan kedudukan berkenaan. Kata sumber itu, ekoran kebuntuan tersebut, Pas dikatakan cuba menolak…










