Tiada pimpinan Bersatu Selangor akan sertai DAP

Tiada pimpinan Bersatu Selangor akan sertai DAP

Harrison Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada dalam kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mahu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Jeram Datuk Harrison Hassan berkata, beliau secara peribadi juga tidak pernah mendengar ura-ura tersebut sama ada secara terbuka mahupun tertutup.

“Saya pernah baca kenyata­an itu, saya tidak menyangkal kenyataan tersebut, itu hak dia, tetapi hendak kata betul atau tidak, tidak tahulah.

“Tidak ada pun dalam kalangan kepemimpinan Bersatu Se­langor menyatakan hasrat, atau dengar cerita di belakang sedang berhasrat meninggalkan parti dan masuk ke DAP,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Terdahulu seorang pemimpin Melayu akar umbi DAP mendakwa terdapat beberapa pimpinan Bersatu Selangor datang berjumpa beliau bagi menyatakan hasrat menyertai parti itu.

Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam DAP asalkan ikhlas untuk bersama parti ini.

Harrison yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor dalam pada itu berkata, sekira­nya dakwaan itu benar, parti tidak akan menghalang anggotanya daripada bertindak sedemikian kerana itu adalah hak individu.

Namun, menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu lagi, terdapat jurang ketara antara prinsip perjuangan dan ideologi antara kedua-dua parti tersebut.

“Kalau pun ada dalam ka­langan ahli atau mana-mana kepemimpinan yang disebut-sebutkan itu berhasrat meninggalkan parti dan menyertai DAP itu hak masing-masing. Cuma parti dan ahli berpegang kepada ideologi dan prinsip perjuangan parti yang nyata berbeza dengan parti yang disebut itu.

“Kalau ada terbukti hendak masuk parti lain yang ternyata ideologi perjuangannya nyata berbeza dengan Bersatu,” tidak mengapa, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN