PETALING JAYA: Pengambilan 20,000 guru baharu secara kontrak tidak menjejaskan peluang calon guru sedia ada, sebaliknya membantu meringankan beban tugas guru-guru di sekolah seluruh negara. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, tiada istilah ‘terjejas’ dalam pelaksanaan pengambilan tersebut kerana penambahan tenaga pengajar akan membolehkan guru sedia ada menumpukan kepada tanggungjawab dan tugasan profesional masing-masing. “Semakin ramai guru diambil, semakin berkurang beban yang ditanggung oleh guru sedia ada.…










