KUALA LUMPUR: Pas akan menerajui Perikatan Nasional (PN) selepas Naib Presiden mereka, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai pengerusi gabungan parti politik itu. Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi siapakah individu paling layak mengetuai PN selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari lalu. Pemilihan Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman telah dipersetujui empat orang presiden parti yang membentuk PN ketika ini termasuklah Presiden…










