HULU TERENGGANU: Kerap kemalangan, mendap, runtuh malah meragut nyawa. Itu sering berlaku di Jalan Kenyir-Felda Aring sepanjang kira-kira 230 kilometer walaupun ratusan juta ringgit dibelanjakan membinanya. Sehingga pada satu tahap berulang kali terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan pengguna. Lokasi paling kerap rosak dan mengalami runtuhan adalah di Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris, Kilometer (KM) 74.8 sehingga KM75 di seksyen 87 yang mula dibina pada 2001 dengan matlamat membuka akses pedalaman…










