TUMPAT: Di saat umat Islam menyambut Ramadan dan menghitung hari menjelang Hari Raya Aidilfitri, seorang ibu tunggal di Kampung Jubakar Pantai di sini, terus dihimpit gusar apabila terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan rumah separuh runtuh akibat banjir besar yang melanda pada November 2024. Bagi Noraini Nawi, 40, ini adalah Ramadan kedua yang dilaluinya dalam kebimbangan apabila sebahagian ruang tamu dan bilik tidur rumah pusaka peninggalan arwah ibunya ranap serta…










