Polis tahan PATI tiada cop keluar masuk Malaysia

Polis tahan PATI tiada cop keluar masuk Malaysia

YUSHARIFUDDIN MOHD. YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan polis menerusi rondaan pemantuan di sekitar persisiran Pantai Sungai Baru, Kuala Perlis, di sini, semalam.

Mereka ditahan sekitar pukul 4.36 petang selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan sewaktu berada di persisiran pantai tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pemeriksaan awal dilakukan mendapati dua daripada PATI itu memiliki passport namun tidak mempunyai sebarang cop keluar atau masuk ke Malaysia.

“Selain itu, seorang lagi PATI didapati tidak mempunyai sebarang passport dalam simpanan,” katanya di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata, anggota bertugas kemudian bertindak menahan tiga PATI terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes itu.

Katanya, ketiga-tiga PATI itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 21 hingga 34 tahun.

“Barangan suspek turut dirampas semasa penahanan antaranya seperti passport, telefon bimbit, kad sim dan beberapa lagi,” katanya.

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1959/63,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN