PETALING JAYA: Sistem sedia ada pelantikan Datuk Bandar wajar dikekalkan dari sudut kepentingan nasional kerana ia dapat mengelakkan persaingan politik yang berpotensi mencetuskan pembahagian kaum di kawasan bandar. Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, pilihan raya di kawasan bandar berisiko menyebabkan sesuatu kawasan bandar diwakili oleh satu kaum sahaja, sekali gus mengehadkan kepelbagaian bakat dan penyertaan pelbagai kaum. Beliau berkata, sekiranya pemilihan Datuk Bandar dilaksanakan…










