PETALING JAYA: Lambakan pesakit zon hijau di jabatan kecemasan dan trauma (JKT) hospital kerajaan mengakibatkan beban petugas kesihatan kian bertambah, selain pesakit yang kritikal memerlukan rawatan segera terpaksa menunggu lebih lama. Tinjauan Utusan Malaysia di tiga buah hospital kerajaan di Lembah Klang mendapati, terdapat pesakit bukan kecemasan seperti demam dan sakit perut menunggu di JKT, meskipun sepatutnya memperoleh rawatan di fasiliti kesihatan lain seperti klinik komuniti. Petugas kesihatan yang ditemui…








