Permit kebenaran merancang RM40,000 bebankan penternak

Permit kebenaran merancang RM40,000 bebankan penternak

SEORANG penternak, Mohd. Zaidi Md. Nazir memantau ayam peliharaannya di Arau, Perlis semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Para penternak ayam di negeri ini memohon kerajaan negeri mempertimbang keper­luan pindaan Enakmen Perla­dangan Unggas Perlis 2006 ber­kaitan syarat permohonan lesen penternakan ayam yang disifatkan tidak relevan serta menekan golongan tersebut.

Para pengusaha berdepan kekangan mendapatkan permit yang memerlukan kebenaran merancang yang menelan kos sekitar RM40,000 bagi kuantiti 500 ekor ayam iaitu syarat bagi mendapatkan lesen berkenaan.

Seorang penternak ayam, Mohd. Zaidi Md. Nazir, 38, ber­kata, syarat berkenaan menyu­karkan penternak-penternak ke­cil tersebut apabila kos RM40,000 itu dilihat cukup ting­gi berbanding potensi pula­ngan bagi projek ternakan ha­nya berskala 500 ekor ayam.

Justeru, katanya, penternak memohon kerajaan negeri mem­pertimbang pindaan syarat permohonan lesen iaitu dengan me­ngecualikan prosedur kebenaran merancang untuk ternakan 5,000 ekor ayam dan ke bawah.

“Para penternak sememang­nya tidak mampu dengan kos RM40,000 yang tidak berbaloi dengan kuantiti ayam ditetapkan (500 ekor). Pindaan yang kita harapkan itu agar prosedur kebenaran merancang berkena­an ditetapkan dengan kuantiti ayam 5,000 dan ke atas.

“Kuantiti ternakan tersebut (5,000 ekor ke atas) baru berbaloi dengan kos RM40,000.

“Selain itu, pengusaha juga tidak boleh berkembang apabila jumlah ternakan tersebut hanya terhad kepada 500 ekor sahaja. Ramai dalam kalangan penternak sebelum ini terpaksa gulung tikar apabila tidak mampu memenuhi prosedur berkenaan selain ternakan tidak boleh ber­kembang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Zaidi yang sudah lima tahun mengusahakan ternakan ayam tersebut berkata, dia terus kekal pada tahap sama de­ngan pendapatan hanya sekitar RM700 bagi satu pusingan hasil ayam tersebut.

“Sebagai contoh, baru-baru ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) telah meluluskan projek membina reban dengan kapasiti 3,000 ekor ayam, namun malangnya ia tidak dapat berjalan disebabkan tidak ada keperluan merancang. Berda­sarkan enakmen sedia ada itu, hanya terhad kepada kuantiti 500 ekor sahaja.

“Bagaimana kami boleh me­ngembangkan ternakan jika ter­had kepada 500 ekor sahaja. Kami sangat berharap pindaan enakmen itu dapat dilaksanakan bagi memudahkan pengusaha ayam di Perlis, sekali gus turut membantu meningkatkan taraf ekonomi kami.

“Pindaan ini juga dijangka memberi kesan positif kepada pembangunan industri ternakan negeri ini, selain menggalakkan lebih ramai usahawan baharu menceburi bidang penternakan tanpa halangan kos permulaan yang terlalu tinggi.

“Kami amat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pindaan tersebut demi kelangsungan industri penternakan ayam kampung dan ayam kacuk di Perlis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN