TAWAU: Seorang pembantu operasi di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau didakwa di Mahkamah Sesyen di sin hari ini atas 39 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM30,000 membabitkan kerja penyelenggaraan jalan antara tahun 2020 hingga 2022. Abdul Rahim Salleh, 59, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan iaitu menerima suapan secara berperingkat daripada dua wakil sebuah syarikat sebagai dorongan supaya tidak memantau dan menyelia kerja-kerja berkaitan dengan kontrak. Semua 39 pertuduhan…










