Pas muktamadkan calon Pengerusi PN pada mesyuarat MT PN-Takiyuddin

Pas muktamadkan calon Pengerusi PN pada mesyuarat MT PN-Takiyuddin

Kerajaan Pas
TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas akan memuktamadkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada parti itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan berkenaan yang dijangka berlangsung selepas 19 Februari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu yang akan dilantik ialah pemimpin tertinggi parti dan merupakan seorang Ahli Parlimen.

“Calon bagi jawatan itu sudah ada. Apabila Pas memimpin PN, kita akan tonjolkan.

“Namun, buat masa ini perkara tersebut belum boleh diumumkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menegaskan bahawa MT PN merupakan badan tertinggi dalam gabungan berkenaan dan semua keputusan penting, termasuk pelantikan Pengerusi, mesti diputuskan melalui mesyuarat.

Katanya, tindakan tersebut selaras dengan ketetapan yang termaktub dalam Perlembagaan PN.

Mengulas kelewatan pelantikan Pengerusi PN, Takiyuddin berkata perkara itu bukan sesuatu yang besar.

Katanya, mengikut jadual asal, mesyuarat MT PN sepatutnya berlangsung pada 29 Januari lalu, namun terpaksa dibatalkan kerana bertindih dengan mesyuarat lain.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Pengerusi PN, sepatutnya beliau yang memanggil mesyuarat.

“Namun, beberapa kelewatan berlaku sehingga saya terpaksa mengambil peranan sebagai Timbalan Setiausaha PN bagi menguruskan perkara ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN