PETALING JAYA: Fenomena ‘masjid hunting’ semakin menjadi trend dalam kalangan umat Islam sepanjang Ramadan apabila ramai mengambil peluang mengimarahkan pelbagai masjid bagi menunaikan solat tarawih dan mengikuti program keagamaan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkongsian mengenai lokasi masjid, jarak berjalan kaki dari stesen pengangkutan awam serta suasana solat yang kondusif menjadi antara keutamaan paling mendapat perhatian netizen. Di sekitar Lembah Klang, beberapa masjid dikenal pasti menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik…










