Masalah kewangan dipercayai motif anak bunuh ibu

Masalah kewangan dipercayai motif anak bunuh ibu

POLIS membawa suspek untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes bunuh eksekutif bank di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Masalah kewangan dan sikap baran suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan tragis seorang eksekutif bank dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan suspek berusia 29 tahun itu telah direman selama tujuh hari.

“Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan senjata yang digunakan suspek untuk menikam mangsa yang juga ibunya.

Kelmarin, media melaporkan, mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman serta kesan luka dan lebam dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi di rumahnya.

Syed Basri dalam pada itu berkata, polis berjaya menahan suspek yang merupakan anak sulung mangsa dalam sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan pada pukul 8.34 malam kelmarin.

Lelaki itu ditahan kurang 24 jam selepas tragedi ketika suspek dalam perjalanan menuju Selangor.
Perintah reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Nur Syifa Mohd Hamzah bermula semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×